BERITA SEMASA

Lapan individu termasuk ‘Bella’ didakwa hari ini kes pukul pemuda di Kluang

JOHOR BAHRU – Seramai tujuh lelaki dan seorang wanita dikenali sebagai ‘Bella’ yang sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes tular membabitkan insiden seorang pemuda dipukul beramai-ramai sehingga cedera parah, akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak, kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 26 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kesemua individu terbabit yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) dilihat tiba di perkarangan mahkamah sekitar pukul 8.40 pagi.

Terdahulu, kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 2.30 pagi pada 21 April lalu ketika cuba melarikan diri dari sebuah pangsapuri di Plentong Baru Masai, Pasir Gudang.

Mereka dipercayai terlibat dalam kejadian memukul seorang pekerja kilang di Kluang sehingga hampir maut pada 18 April lalu. Kejadian itu kemudian tular selepas rakaman video insiden berkenaan dimuat naik ke laman media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button