Berita Semasa

LAP laksana catuan bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak

IPOH – Dua daerah di negeri ini yang mengalami gangguan air sejak 6 Februari lalu dijangka berlarutan hingga 1 Mac depan.

Menurut notis pemakluman Lembaga Air Perak (LAP) hari ini, pihaknya akan melaksanakan catuan air di daerah Batang Padang dan Hilir Perak bermula tengah malam tadi sehingga 1 Mac ini.

Berdasarkan notis itu, daerah Batang Padang membabitkan keseluruhan kawasan Tapah dan Bidor serta sekitarnya, bekalan air akan dihentikan pada 14 dan 15, 18 dan 19, 22 dan 23, serta 26 dan 27 Februari.

Bagi daerah Hilir Perak pula, melibatkan sekitar 14 kawasan, dengan tarikh yang tidak menerima bekalan air semasa catuan adalah 16 dan 17, 20 dan 21, 24 dan 25, serta 28 Februari dan 1 Mac.

Kawasan catuan di daerah Hilir Perak antaranya meliputi Kampung Padang Tembak, Kampung Selabak Dalam, Kampung Banjar, Batak Rabit, Pekan Baru, Kampung Bahagia, Taman Melor, Mukim Sungai Manik, Mukim Labu Kubong, dan beberapa lagi kawasan.

Menurut notis itu, catuan dibuat memandangkan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh, Tapah hanya beroperasi dengan kadaran 70 peratus daripada pengeluaran asal

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button