
Langkah Dubai: Setiausaha Politik Kanan PM buat laporan polis
PUTRAJAYA – Satu laporan polis telah dibuat oleh Setiusaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung gerakan untuk menjatuhkan kerajaan atau ‘Langkah Dubai’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, hari ini.
Menurut Shamsul Iskandar, laporan polis itu dibuat bagi menggesa pihak polis menjalankan siasatan yang didakwa sedang diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
Kata beliau, satu pendedahan telah dibuat oleh seorang penulis blog dikenali sebagai Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa terdapat gerakan bersungguh-sungguh beberapa Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.
“Gerakan “Langkah Dubai” ini jelas adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja mengganggu gugat sistem demokrasi berparlimen, malah sia-sia kerana Akta Anti Lompat Parti yang telah diluluskan.
“Saya yakin gerakan ini telah dimulakan oleh beberapa orang Ahli Parlimen termasuk pimpinan pembangkang yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Putrajaya di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, tindakan Ahli Parlimen pembangkang itu hakikatnya boleh memudaratkan demokrasi berparlimen, menimbulkan keresahan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam
“Justeru, saya telah meminta pihak Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat gerakan ini yang sangat jelas bertentangan dengan Seksyen 124B dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |