Berita SemasaPM X

Langkah Dubai: Anwar nasihat Tun M supaya jaga kesihatan

KUALA LUMPUR – “Jaga kesihatan,” demikian nasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diminta untuk mengulas mengenai sindiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang di negara ini adalah kepakaran Anwar.

Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini, hari ini.

Dr Mahathir dalam kenyataannya hari ini, menafikan dakwaan bahawa beliau terbabit dengan gerakan menjatuhkan kerajaan atau ‘Langkah Dubai’.

Menurut Mahathir, beliau tidak berada di Dubai, ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh kerajaan pintu belakang.

“Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai. Keduanya, sepanjang ingatan saya usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya dalam satu ciapan di aplikasi X hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button