BERITA SEMASA

Laluan GOKL 15 dilancar, guna bas elektrik

KUALA LUMPUR – Menteri Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa hari ini melancarkan satu lagi laluan bas GOKL iaitu Laluan GOKL 15 yang menyediakan pengangkutan percuma kepada rakyat.

Pelancaran laluan terbaharu dari Prima Alam Damai ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) itu merupakan sebahagian daripada Matlmat Pembangunan Mampan (SDG) yang juga akan menggunakan bas elektrik sebagai mod pengangkutan.

Pada majlis yang sama, Dr Zaliha turut melancarkan bas mini EV GOKL yang akan digunakan di laluan GOKL 15.

Beliau berkata, penggunaan EV GOKL diharap dapat melancarkan perjalanan terutama ketika melalui laluan sempit dan berselekoh tajam terutama di kawasan perumahan.

Dr Zaliha Mustafa, Wan Azizah Wan Ismail dan Kamarulzaman Mat Salleh merasmikan bas mini GoKL dan pelucuran laluan baharu GoKL ke 15 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini

“Bas mini EV ini bersaiz 8 meter dengan kapasiti muatan 52 penumpang (18 tempat duduk , 33 berdiri dan 1 kerusi roda),” katanya pada perasmian bas mini GOKL dan peluncuran laluan baharu GoKL ke 15 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Ahli Parlimen, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak lapan daripada 10 jumlah isi rumah di ibu negara mempunyai akses dalam lingkungan 10 minit ke mana-mana stesen transit berdekatan menjelang tahun 2040.

Sementara itu, Kamarulzaman berkata, Bas GOKL mencatatkan seramai 11.5 juta penumpang menggunakan perkhidmatan tersebut tahun lalu.

Katanya, secara purata 32,000 warga kota menggunakan perkhidmatan GOKL setiap hari dan melibatkan hampir satu juta pengguna sebulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button