BERITA SEMASA

Laksamana Pertama Maritim Sabah tinggalkan legasi gemilang

KOTA KINABALU – Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik menamatkan hampir dua tahun perkhidmatannya di negeri ini dengan meninggalkan legasi membanggakan.

Di bawah kepimpinan beliau, Maritim Negeri Sabah dan Labuan berjaya meraih dua pengiktirafan tertinggi iaitu Piala Laksamana dan Piala Kesatria Tahun 2024.

Pencapaian itu merupakan yang terbaik dalam sejarah penubuhan agensi tersebut di peringkat negeri.

Justeru, dalam satu majlis penghargaan khas semalam, beliau melahirkan rasa terharu dan penghargaan mendalam kepada seluruh warga Maritim Sabah dan Labuan.

“Terima kasih atas semangat kerjasama serta dedikasi tinggi yang ditunjukkan sepanjang saya memegang tampuk kepimpinan.

“Penganugerahan Piala Laksamana dan Piala Kesatria Tahun 2024 adalah hasil kerja berpasukan. Saya akan terus membawa semangat Sabah ke Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kapten Maritim Boon Chin Chau; Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Siti Norhaini Osli, barisan Pengarah Zon Maritim, Pegawai Memerintah Kapal, Ketua-Ketua Bot serta seluruh pegawai dan anggota Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Penganjuran majlis berkenaan bukan sahaja menjadi lambang penghormatan terhadap kepimpinan cemerlang Engku Suhaimi, malah memperlihatkan kebanggaan warga agensi itu di atas pencapaian kolektif yang mengharumkan nama Sabah di peringkat tertinggi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button