
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat pulang ke tanah air
SEPANG – Seramai 277 jemaah haji Malaysia KT001 yang menaiki penerbangan MH8251 dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah selamat tiba ke tanah air semalam.
Kesemua mereka menetap di Hotel Al Janadriyah di Mekah telah selesai menjalani ibadah haji bagi musim 1446H.
Majlis pelepasan pulang itu dilakukan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun dan syarikat Masyarik Al-Masiah.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut dalam suasana gembira dan penuh kesyukuran oleh ahli keluarga dan waris terdekat.
Beberapa gambar dan video yang dimuatnaik Tabung Haji di Facebook rasmi mereka menunjukkan wajah-wajah ceria para dhuyufurrahman yang telah selamat menjalani Rukun Islam kelima itu.
“Alhamdulillah dan tahniah kepada para dhuyufurrahman. ‘Pergimu sebagai dhuyufurrahman, Kembalimu dengan kemabruran’. Insya-Allah,” tulis Tabung Haji di hantaran tersebut.
Penerbangan KT001 itu menandakan bermulanya fasa kepulangan para jemaah haji Malaysia secara berperingkat selepas lebih sebulan berada di Tanah Suci.
Sebelum ini, kumpulan pertama itu tiba di Madinah pada 29 April lalu.
Penerbangan terakhir kumpulan jemaah haji Malaysia dijadual berlepas dari Madinah pada 10 Julai jam 10.40 pagi waktu tempatan dan tiba di KLIA pada 12.35 pagi 11 Julai.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |