
KSU MINDEF lawat syarikat pertahanan Turkiye, Otokar
ANKARA – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Datuk Lokman Hakim Ali bersama delegasi negara baru-baru ini melawat syarikat gergasi pertahanan Turkiye, Otokar.
Lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh keupayaan industri pertahanan negara.
Syarikat Otokar merupakan sebuah nama besar dalam penghasilan kenderaan taktikal dan automotif ketenteraan bertaraf antarabangsa.
MINDEF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Otokar merupakan antara pemain utama industri Turkiye dalam pengeluaran bas awam, trak ringan logistik serta kenderaan berperisai moden.
“Lawatan ini memberi peluang kepada Malaysia untuk meninjau potensi kerjasama teknologi tinggi dalam sektor pertahanan dan automotif.
“Selain itu, beliau turut berpeluang melihat secara dekat fasiliti canggih Otokar seluas 552,000 meter persegi yang menempatkan lebih 3,800 tenaga kerja mahir,” menurut kenyataan tersebut.
Kunjungan strategik itu juga selari dengan komitmen berterusan MINDEF untuk memperkukuh ekosistem pertahanan, meningkatkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta memperkasa keselamatan negara secara menyeluruh.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |