BERITA SEMASA

KSP RMK12 dilulus sebulat suara

KUALA LUMPUR – Kajian Separuh Penggal (KSP), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang melibatkan penambahan peruntukan sebanyak RM15 bilion diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat melalui undian suara pada Selasa.

Kelulusan itu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RMK12 berjumlah RM415 bilion.

RMK12 yang diluluskan di Parlimen pada 21 Oktober 2021 merangkumi tiga tema, empat pemangkin dasar dan 14 pemacu perubahan.

Ketika pembukaan sesi khas ini pada Isnin minggu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan KSP RMK12 dengan menyatakan kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah RMK12 dan menambah siling sebanyak RM15 bilion lagi.

Peningkatan ini adalah bagi menambah keperluan untuk membiayai bidang keutamaan rakyat di samping memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat.

Anwar berkata, anjakan baharu bermula dengan menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat termasuk memperbaiki sekolah dan klinik daif, menjamin bekalan air bersih,serta meneraju ekonomi Islam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button