BERITA SEMASA

KSN baharu akan jadikan tatakelola yang baik salah satu daripada agenda penting

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar akan menjadikan tatakelola yang baik sebagai salah satu daripada agenda penting dalam mentadbir urus sektor awam negara.

Shamsul Azri berkata, visi itu adalah bagi menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuh tatakelola.

“Seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri, tatakelola adalah amat penting, dan itu akan menjadi satu daripada agenda penting saya dalam mentadbir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik bermulanya tugas beliau sebagai KSN ke-16, di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai antara intipati Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) pada Jumaat ini, Shamsul Azri berkata, berita yang bakal diumumkan akan menggembirakan seluruh penjawat awam.

“Tak boleh bocor rahsia, kena tunggu. Insya Allah ada berita yang baik untuk semua penjawat awam,” katanya lagi.

MAPPA ke-19 dijangka berlangsung Jumaat ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button