BERITA SEMASA

KPT sedang rangka pelan pembangunan pendidikan baharu ganti PPPM 2015-2025

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka dokumen hala tuju pendidikan tinggi yang baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM 2015-2025) yang akan tamat tempohnya pada tahun hadapan.

Menurut KPT dalam satu kenyataan, sehubungan itu pihaknya akan melaksanakan sesi libat urus dengan pemegang taruh dan kumpulan sasar bagi mengumpul maklumat dan pandangan semua pihak supaya dokumen yang dibangunkan adalah menyeluruh dan inklusif.

“Dalam pada itu, satu Tinjauan Nasional juga sedang dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas awam yang ingin menyumbang idea dan pandangan dalam penghasilan PPPTM 2026-2035 di pautan https://forms.gle/fG3JpxF4zSWk4uEh7.

“Kementerian yakin dengan sinergi pihak berkepentingan melalui sumbangan idea, pelan ini akan menghasilkan strategi berimpak tinggi dan berkesan bagi memacu landskap pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 (PPPTM 2026-2035)

Dalam pada itu katanya, bagi memastikan pendidikan tinggi terus signifikan, KPT melalui mesyuarat Jawatankuasa Penasihat PPPTM 2026-2035 telah diadakan sebagai platform bagi kumpulan pakar untuk membentangkan gambaran ringkas mengenai ‘Brief Overview of Blueprint Development’.

Katanya, mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dengan pembentangan telah disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Pakar, Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail.

“Brief Overview of Blueprint Development merangkumi aspirasi nasional baharu PPPTM 2026-2035 yang akan memfokuskan kepada beberapa lonjakan utama antaranya adalah ‘High Performance Talent with Purpose’ dalam menetapkan hala tuju pendidikan tinggi negara masa hadapan, selaras dengan aspirasi negara dan keperluan pasaran kerja.

“Pelaksanaan objektif ini diterjemahkan dalam bentuk perbincangan bagi mencapai persetujuan yang mana perbincangan ini akan dijadikan sebagai input bagi hala tuju pendidikan tinggi negara 10 tahun akan dating,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button