Berita Semasa

KPT sampai sumbangan RM25,000 bantu mangsa kebakaran UniMAP

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyampaikan sumbangan Bantuan Khas Bencana berjumlah RM25,000 kepada mahasiswa yang menjadi mangsa dan terkesan akibat insiden kebakaran di Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Ahad lalu.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sumbangan itu yang dibuat menerusi Yayasan Perkasa Siswa disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Prof. Dr. Azlinda Azman kepada Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli.

“Bantuan Khas Bencana itu bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan dengan musibah kebakaran tersebut.

“Sumbangan daripada Yayasan Perkasa Siswa merupakan tambahan dan pelengkap kepada bantuan yang disediakan oleh pihak UniMAP sendiri bernilai lebih RM200,000 bagi urusan kebajikan pelajar terutamanya melibatkan penempatan sementara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau juga mendoakan agar mangsa sentiasa sabar menghadapi ujian itu.

“Saya mewakili seluruh warga Kementerian mendoakan agar mangsa sentiasa sabar, tabah dan diberi kekuatan mendepani ujian yang menimpa serta semoga semua urusan pelajar dalam meneruskan kehidupan, pengajian dan pembelajaran dipermudahkan,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button