
Nahas bas UPSI : Tabung KPT Prihatin berjaya kumpul RM1.7 juta
TANJUNG MALIM – Sebanyak RM1.7 juta berjaya dikumpul melalui Tabung KPT Prihatin bagi membantu mangsa dan keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), baru-baru ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, sebanyak RM371,000 daripada sumbangan lebih 40 institusi termasuk universiti awam, agensi kerajaan dan syarikat korporat itu telah disalurkan kepada pelajar dan waris terkesan.
“Kutipan ini digerakkan oleh universiti-universiti awam dan politeknik, agensi-agensi negeri serta institusi kewangan yang tampil menyumbang atas semangat solidariti dan keprihatinan bersama.
“Baki selebihnya akan diagihkan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Tahlil Perdana anjuran KPT dan UPSI, semalam.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee Ibrahim.
Menurut Dr. Zambry, inisiatif itu mencerminkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga pendidikan tinggi negara melibatkan penyertaan pelajar, kakitangan akademik dan warga institusi dari pelbagai peringkat.
Sementara itu, Majlis Tahlil Perdana anjuran KPT dan UPSI diadakan sebagai ruang penyatuan masyarakat untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan semua mangsa tragedi.
Lebih 5,000 orang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah, warga kampus serta penduduk sekitar hadir pada majlis itu.
Dalam nahas pada 9 Jun lalu, seramai 15 penuntut UPSI yang dalam perjalanan pulang ke kampus di sini terkorban apabila bas dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah kenderaan lain berhampiran Tasik Banding.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |