
KPT ikut rapat perkembangan lapan pelajar Malaysia kemalangan di Mesir
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum akan lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said, Mesir pada 25 Januari lalu.
KPT dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sentiasa mengikuti secara rapat perkembangan situasi itu melalui Kementerian Luar.
Menurut KPT, lima orang pelajar dilaporkan mengalami luka ringan dan dirawat di wad pesakit luar, Hospital Sayed Galal, Kaherah, manakala tiga orang pelajar lagi ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan lanjut.
“KPT melalui Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) memantau perkembangan semasa pelajar yang terlibat,” katanya dalam kenyataan itu.
Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Tinggi meminta agar pelajar mengemas kini butiran diri di MyData@EducationMalaysia4U sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
“Pelajar amat digalakkan untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Jabatan ini bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat dan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan,” katanya.
Tambah KPT, sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Education Malaysia Mesirn yang beralamat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), 26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha Square, Abbasiah, Cairo, Arab Republic of Egypt, atau di talian +00 202 2487 3858 dan emel em.mesir@mohe.gov.my.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |