BERITA SEMASA

KPT dukacita kejadian libatkan pelajar UUM

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat dukacita dengan kejadian penuntut wanita Universiti Utara Malaysia (UUM) maut akibat kemalangan di dalam kampus universiti itu di Sintok, dekat sini semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, yang meninggal dunia selepas terlibat kemalangan membabitkan dua bas di Jalan Persiaran Perdana di UUM pagi semalam.

“KPT menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ini dan mendoakan agar keluarga diberikan ketabahan menghadapi dugaan ini. Semoga roh Almarhumah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Zambry berkata, pihaknya dimaklumkan siasatan lanjut berkaitan insiden tersebut sedang dijalankan dan laporan penuh akan dimaklumkan.

“Pihak UUM juga telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu keluarga Almarhumah (Manarina),” ujarnya.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang penuntut UUM maut selepas dilanggar sebuah bas dalam kejadian di hadapan perhentian bas di Jalan Persiaran Perdana, Kampus UUM di Sintok, kira-kira pukul 8.45 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Manarina mengalami kecederaan parah pada badan sebelum meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini pukul 6.30 petang semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button