
KPT akan teliti laporan LKAN mengenai kerugian tiga universiti awam
KUALA LUMPUR – Kerugian kewangan yang dialami oleh tiga universiti awam, seperti yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) semalam akan akan diteliti dan diperincikan dalam masa masa terdekat.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau sendiri sedang meneliti laporan kerugian tersebut.
“Saya akan meneliti butirannya, terutamanya yang berkaitan dengan tiga universiti ini.
“(Bagaimanapun) IPTA bukan perniagaan. Perkara ini perlu difahami,” katanya.
Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas hadir melancarkan Program Pensijilan Industri dan Profesional, di sebuah hotel di sini hari ini.
LKAN bagi 2023 yang dibentangkan semalam mendedahkan, tiga universiti awam adalah antara lima agensi persekutuan yang mencatatkan kerugian berturut-turut tertinggi selama tiga tahun, dari 2021 hingga 2023.
Universiti tersebut ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Laporan itu menyatakan, universiti-universiti ini mengalami kerugian kerana geran operasi dan pendapatan sendiri (yuran pelajar) tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan.
UMS mencatatkan kerugian sebanyak RM141.41 juta pada 2023, RM89.31 juta pada 2021 dan RM89.47 juta pada 2022.
UPM mencatatkan kerugian sebanyak RM127.71 juta pada 2023, RM81 juta pada 2022 dan RM118.7 juta pada 2021, manakala USIM mencatatkan kerugian sebanyak RM44.02 juta pada 2023, RM2.62 juta pada 2022 dan RM14.21 juta pada 2021.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |