
KPPPBSSM lancar tabung bantu penolong pegawai KBS terlibat kebakaran Putra Heights
KUALA LUMPUR – Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPPBSSM) melancarkan Tabung Bantuan Musibah Kebakaran bagi membantu salah seorang ahlinya, Nadzmi Roslaimie yang terjejas teruk dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, kelmarin.
Nadzmi yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Belia dan Sukan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia mengalami kecederaan akibat insiden itu.

Lebih menyedihkan, isterinya serta ibu dan bapa mentuanya turut melecur teruk dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang dan Hospital Klang.
Sehubungan itu, KPPPBSSM menyeru orang ramai, khususnya warga kerja belia dan sukan, untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban Nadzmi serta keluarganya.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut: Maybank: 162188534038

“Kesatuan berharap inisiatif itu dapat membantu keluarga mangsa dalam menghadapi saat sukar ini serta memberi kelegaan kepada mereka.
“Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi pihak Kesatuan atau saluran rasmi yang berkaitan,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |