KPN terus anjur program perkasa hubungan antara kaum
CYBERJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memfokuskan penganjuran program-program yang berteraskan Harmoni Dalam Kepelbagaian dan pembinaan Negara Bangsa Progresif bagi memperkasakan hubungan antara kaum.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, usaha sebegini digariskan bukan sahaja bagi mengeratkan perpaduan, tetapi bagi merealisasikan pembinaan identiti nasional.

“Kementerian Perpaduan Negara komited untuk terus menjayakan inisiatif Harmoni MADANI bagi memperkukuhkan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
“Pada masa yang sama, usaha ini juga bertujuan memastikan masyarakat yang berbeza anutan agama dan kepercayaan dapat hidup dalam landskap sosial yang lebih harmoni,” kata Aaron.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Harmoni dan Berbuka Puasa, di sini malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Menteri, Saraswathy Kandasami; Ketua Setiausaha KPN, Datuk Ruji Ubi, dan Timbalan Ketua Setiausaha KPN, Mohamad Sobri Mat Daud.
Majlis ini diadakan bagi meraikan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung selaku pemegang taruh, antaranya ahli MExUnity, ahli MPPN, ahli Jawatankuasa HARMONI, ahli MCCBCHST, Friends of Unity, rakan media dan rakan-rakan strategik KPN.

Selain itu, Aaron dan barisan tertinggi KPN turut memotong kek sempena ulang tahun kementerian yang kelima.
Untuk rekod, kementerian ini ditubuhkan sejak 10 Mac 2020.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







