Berita Semasa

KPN sasar 100 KRT baharu, perkasa konsep RT Progresif

SRI AMAN – Kementerian Perpaduan Negara menyasarkan penubuhan 100 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) baharu pada tahun 2025 sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan konsep Rukun Tetangga (RT) Progresif yang mampu menjana pendapatan komuniti.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sehingga kini sebanyak 8,529 KRT telah ditubuhkan di seluruh negara termasuk 91 KRT baharu sepanjang tahun 2024 dengan 7 daripadanya terletak di Lubok Antu, Bahagian Sri Aman.

“Secara keseluruhan, Sarawak kini memiliki 1,092 KRT.

“Pemerkasaan RT Progresif adalah satu inisiatif penting kerana projek ekonomi yang dibangunkan di bawahnya mampu menjana pendapatan komuniti sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah.

“Projek ekonomi itu merangkumi tiga sektor utama, iaitu pertanian, produk makanan dan perkhidmatan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran KRT Baharu Sri Aman 2025 di Dewan Dr Johnical Rayong, Skrang, Engkelili, Sri Aman, hari ini.

Menurut beliau, sepanjang tahun 2024, sebanyak 14 KRT di Sarawak telah berjaya dijadikan sebagai KRT Progresif dengan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta bagi menjalankan pelbagai projek ekonomi komuniti.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Pengarah Perpaduan Negeri agar mengambil tindakan proaktif dengan bekerjasama dengan pelbagai pihak melalui pendekatan “whole of government” dalam usaha mengaktifkan KRT sedia ada dan memperkukuhkan peranannya dalam masyarakat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button