Berita Semasa

KPM tidak kompromi isu perkauman di sekolah

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu berunsur perkauman di sekolah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, siasatan telah dimulakan dan keputusan akan dibuat berdasarkan hasil siasatan tersebut.

kpm
Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya Sekolah-Sekolah Rendah di AEON BiG Alamanda, Putrajaya, hari ini.

“Kita tidak akan berkompromi dalam soal ini. Siasatan sudah pun berlangsung dan tindakan akan kita lakukan berdasarkan siasatan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya Sekolah-Sekolah Rendah di AEON BiG Alamanda, Putrajaya, hari ini.

Menurut Fadhlina, KPM komited memastikan setiap sekolah bebas daripada unsur perkauman dan tidak akan membiarkan perkara sebegini berlaku, sama ada melibatkan guru, murid atau pegawai.

Terdahulu, tular satu klip audio mendakwa seorang guru sekolah menengah menyuruh seorang pelajar “boleh balik ke China” kerana tidak memahami bahasa Melayu.

Dalam rakaman itu, seorang lelaki mendakwa saudara kepada pelajar terbabit meminta guru berkenaan mengesahkan kenyataan itu melalui telefon.

Guru tersebut kemudian mengakui berbuat demikian dan turut melabelkan pelajar itu “bodoh” serta menyuruhnya “duduk dekat tong sampah”.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dengan pelbagai pihak mendesak supaya tindakan tegas diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button