
KPM tawar kaunseling kepada keluarga mangsa maut dilanggar
NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) sedia menawarkan kaunseling kepada keluarga pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Meru, Ipoh, Muhammad Zaharif Muhd Zamrie yang maut dilanggar anggota polis semalam.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM sedia menawarkan kaunseling sekiranya diperlukan keluarga Allahyarham dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang menyaksikan kejadian itu.
“Kes ini melibatkan pelajar sekolah dan saya ingin merakamkan ucapan takziah. Kes ini masih dalam siasatan dan berharap (pihak berwajib) dapat menyegerakannya.
“KPM sedia menawarkan sokongan kaunseling sekiranya diperlukan keluarga Allahyarham memandangkan tragedi ini saya fikir agak menyayat hati.
“Selain itu, ada anak-anak (pelajar) lain berada di lokasi dan turut melihat kejadian terbabit, maka kita akan bantu (kaunseling) bagi mereka yang terkesan,” katanya.
Pada masa sama, KPM mahu pihak berkuasa menyegerakan siasatan kes itu
Dalam pada itu, Fadhlina berkata, Timbalan Menterinya, Wong Kah Wah akan mewakili KPM untuk menziarahi keluarga mangsa petang ini.
Muhammad Zaharif, 17, maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Ativa yang dipandu seorang pegawai kanan polis.
Sebelum kejadian, difahamkan berlaku insiden tidak puas hati membabitkan pemandu kereta tersebut dengan mangsa yang didakwa membuat bising motosikal.
Keadaan itu mengakibatkan, pemandu berusia 44 tahun yang dipercayai anggota polis bertindak mengejar suspek sejauh hampir satu kilometer dan melanggarnya dari arah belakang.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |