BERITA SEMASA

Reformasi KPM-SPP berjaya atasi isu kekurangan guru – Fadhlina

BANGI – Isu kekurangan guru di sekolah-sekolah kini berjaya diatasi hasil pelaksanaan mekanisme reformasi secara bersama antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan reformasi itu bagi memastikan guru yang dihantar ke sekolah adalah mereka yang berkualiti dan dapat memenuhi keperluan anak didik.

“Isu kekurangan guru ini, Alhamdulillah dengan rakan sinergi kita SPP telah berjaya diatasi dan insya-Allah akan ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM ke-15 Tahun 2025 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), di sini, hari ini.

Majlis Konvokesyen IPG yang berlangsung selama empat hari itu bermula 30 Jun lalu sehingga hari ini membabitkan 5,390 graduan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2021.

Baca juga : Guru layak mohon pertukaran selepas dua tahun

Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya sentiasa mengambil kira keperluan semasa dalam usaha meluaskan akses kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG), termasuk membuka peluang kepada lepasan SPM, STPM, STAM dan Tahfiz Ulul Albab (TMUA).

“Selepas mereka (graduan) mendapat ijazah (sarjana muda), IPG juga menyediakan ruang untuk anak-anak menyambung pendidikan ke peringkat sarjana.

“Insya-Allah pada tahun hadapan, akan menyaksikan kohort pertama yang akan menerima ijazah sarjana mereka,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button