BERITA SEMASA

KPM mohon maaf kesilapan papar Jalur Gemilang dalam laporan analisis SPM

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang diedarkan hari ini.

KPM dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.

Katanya, satu siasatan terperinci juga sedang dijalankan.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara,” tegas KPM dalam kenyataan tersebut.

Tambah KPM, laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.

Penelitian wartawan MT ke atas laporan tersebut mendapati, kesilapan tersbut dipercayai berlaku pada imej janaan kepintaran buatan (AI) yang berada pada muka surat 15 laporan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button