
Berita Semasa
KPM mansuhkan acara tidak berimpak besar di sekolah
KUALA LUMPUR – Sebarang bentuk pertandingan, sambutan dan majlis yang tidak memberi impak besar kepada pembelajaran murid akan dimansuhkan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat pengumuman itu hari ini bagi mengurangkan beban ditanggung guru.
Pengurang beban itu juga termasuk memansuhkan pertandingan keceriaan pusat sumber dan tandas tercantik, bilik operasi SPBT terbaik dan seumpamanya.
“KPM juga akan mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |