KPM laksana langkah tingkatkan pengoperasian SPPB
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan beberapa langkah bagi meningkatkan pengoperasian Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) yang dikatakan perlahan hingga menyukarkan akses kepada sistem berkenaan.
KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, antara langkah dilaksanakan termasuk menambah baik dan mengoptimumkan kod pengaturcaraan, meningkatkan kapasiti server dan melaksanakan konfigurasi server.
“KPM prihatin mengenai kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru berkait dengan penggunaan SPPB. Pemantauan bagi pengoperasian SPPB dilaksanakan menerusi aplikasi Application Performance Monitoring (APM) secara berterusan.
“Hasil pemantauan mendapati terdapat peningkatan akses pengguna sehingga menyebabkan sistem keseluruhan menjadi perlahan disebabkan oleh pembacaan data yang tinggi,” kata kenyataan itu, hari ini.
SPPB adalah satu sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM.
Kata kenyataan itu lagi, KPM sentiasa berusaha meningkatkan pengoperasian sistem SPPB untuk membantu memudahkan tugas guru selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.
Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai SPPB boleh dikemukakan dengan menghubungi talian hotline 03-8884 3632 atau menerusi ICT Service Desk (ISD).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








