BERITA SEMASA

KPM kenal pasti sekolah terjejas akibat kesesakan lalu lintas semasa Sidang Kemuncak Asean

KEPALA BATAS – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti bilangan sekolah yang berkemungkinan terjejas dengan kesesakan lalu lintas apabila Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung Mei dan Oktober depan.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pihaknya bersedia membenarkan sekolah terbabit melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika persidangan berkenaan, lapor BH Online.

“Memang ada perbincangan (soal PdPR ketika sidang ASEAN) dan kita (KPM) sedang mengenal pasti sekolah-sekolah terbabit.

“Bukan sahaja untuk memastikan kelancaran (sidang ASEAN) tetapi juga untuk mengelakkan kesesakan jalan raya (bagi pelajar dan guru yang nak ke sekolah).

“Jadi, tidak ada masalah dan kita bersedia untuk proses itu (PdPR) dan kita memberikan komitmen sepenuhnya kerana memang perkara berkenaan dibincangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya sesi PdPR dilaksanakan ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan bagi mengelak masalah kesesakan lalu lintas, terutamanya di Lembah Klang dan Putrajaya.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid di bawah Institusi Pendidikan KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi, hari ini.

Mohamad pada Khamis lalu, mengumumkan terdapat cadangan untuk melaksanakan bekerja dari rumah (WFH) dan PdPR semasa Sidang Kemuncak ASEAN dan ia akan dibawa kepada Kabinet.

Beliau dilaporkan berkata, cadangan itu timbul berikutan kesulitan dialami oleh rakyat khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya apabila berhadapan kesesakan lalu lintas teruk susulan penutupan jalan bagi memberi laluan kepada lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, baru-baru ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button