BERITA SEMASA

KPM beri komitmen sedia persekitaran pembelajaran kondusif di sekolah

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam menyediakan persekitaran pembelajaran dan tempat kerja yang kondusif bagi guru dan murid di negara ini.

Sehubungan dengan itu, satu perbincangan telah diadakan antara Ketua Setiausaha KPM, Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi dengan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, merangkap Pengerusi CTCS Worldwide Sdn Bhd, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli di sini, hari ini.

Foto Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut KPM, perbincangan tersebut adalah mengenai teknologi terkini daripada pihak industri bagi menghasilkan perabot sekolah yang mempunyai ketahanan yang tinggi, harga yang berpatutan dan mempunyai reka bentuk yang moden serta fleksibel.

“Usaha ini memerlukan kerjasama yang jitu daripada semua pihak merentasi kementerian, agensi dan pihak swasta agar objektif yang dihasratkan tercapai,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button