BERITA SEMASA

KPM arah institusi bawah kementerian tangguh aktiviti luar

BANGI – Kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diminta menangguhkan aktiviti luar bilik darjah melibatkan pelajar, guru dan pensyarah bagi mengelak kesan kesihatan ekoran cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan di Twitternya berkata, aktiviti tersebut termasuk merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (PdP).

“Saya menghargai segala usaha dan keprihatinan seluruh warga kementerian di semua peringkat demi kesihatan dan kesejahteraan pelajar serta murid,” ujarnya.

KPM sebelum ini membenarkan pihak pengurusan sekolah memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Jelasnya, pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button