BERITA SEMASA

KPM perkenal mata pelajaran Alam dan Manusia mulai 2027

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan mata pelajaran baharu Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu pada Tahap 1 dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Menurut KPM, pengenalan mata pelajaran itu bertujuan memperkukuh kemahiran asas serta pembentukan karakter murid pada peringkat awal persekolahan.

Jelas KPM, subjek berkenaan menggabungkan pelbagai disiplin ilmu termasuk sains, pendidikan kesihatan, muzik dan seni visual.

“Mata pelajaran baharu itu turut menggabungkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta digital bagi memberi pengalaman pembelajaran lebih menyeluruh kepada murid.

“Subjek ini akan menggantikan subjek Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik dalam kurikulum sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPM memaklumkan, pengajaran ini bakal dilaksanakan melalui kaedah pengajaran berpasukan atau ‘co-teaching’ bersama dua guru dalam satu kelas.

Katanya, usaha berkenaan akan menyokong pendekatan pelbagai disiplin ilmu, yang mana guru saling melengkapi dalam menyampaikan isi pelajaran dan memenuhi keperluan pembelajaran murid.

“Pada Tahap 1, tumpuan utama diberi kepada penguasaan literasi, membaca, menulis, dan mengira (3M) serta pembentukan karakter.

“Oleh itu, jumlah mata pelajaran diminimumkan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button