SUKANBERITA SEMASA

KPG sedih akan situasi Faisal Halim, resah dengan skuad Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon (KPG), tidak dapat menyembunyikan kesedihannya mengenangkan nasib pemainnya, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.

Menurut laporan Astro Arena, KPG sangat berduka sehingga menitiskan air mata ketika ditemu bual mengenai persiapan pasukan kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Jurulatih berbangsa Korea Selatan itu meluahkan kekesalannya kerana kehilangan khidmat pemain Selangor itu yang merupakan tonggak penting dalam persiapan menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia menentang Kyrgyzstan dan Taiwan.

Beliau menekankan betapa pentingnya Faisal dalam perancangan taktikal pasukan dan ketiadaannya merupakan kehilangan besar buat skuad kebangsaan.

Katanya, selain daripada Faisal, Harimau Malaya turut kehilangan khidmat beberapa pemain utama yang lain.

“Antaranya, Arif Aiman Hanapi, satu lagi nama besar dalam bola sepak negara, tidak dipanggil kali ini ekoran kecederaan yang dialaminya.

“Begitu juga dengan Syafiq Ahmad yang terpaksa dikeluarkan daripada skuad selepas menerima kecederaan ketika perlawanan menentang Perak tempoh hari,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button