KPDN lancar KBBM 2025, pacu produk tempatan ke pasaran global
KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 sebagai usaha memperkukuh kedudukan produk tempatan serta merancakkan pertumbuhan sektor perdagangan pengedaran negara.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kempen bertemakan ‘Jom Beli Lokal’ itu merupakan antara strategi utama dalam menggalakkan penggunaan barangan tempatan selain membantu usahawan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengembangkan pasaran mereka.
“Kempen itu turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk penggiat industri peruncitan dan platform e-dagang. Melalui program ‘Local to Global Retail’, kita turut memberi tumpuan kepada penembusan pasaran antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut beliau, sektor perdagangan pengedaran merekodkan nilai jualan sebanyak RM1.766 trilion setakat Disember tahun lalu, meningkat 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Tambahnya, tiga platform e-dagang utama iaitu TikTok, Shopee dan Lazada yang berjaya menjana jualan melebihi RM347 juta di bawah inisiatif KBBM.
Dalam perkembangan berkaitan, KPDN turut melancarkan Program Jelajah Karnival KPDN 2025 bagi Zon Selatan yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor.
Berdasarkan sambutan memberangsangkan pada tahun lalu, program jelajah itu akan diteruskan ke enam zon utama iaitu Selatan, Utara, Timur, Tengah serta Sabah dan Sarawak sepanjang tahun ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






