BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

KPDN akan perluas PJRM@Pasar ke seluruh negara

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan inisiatif Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) melalui pendekatan baharu yang lebih menyeluruh bagi membantu rakyat mengatasi isu kos sara hidup.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, KPDN bercadang memperkenalkan konsep PJRM@Pasar yang akan bermula Oktober 2024 berikutan sambutan menggalakkan terhadap siri penganjuran PJRM di seluruh negara.

Katanya, program itu akan diadakan di pasar-pasar awam secara bersasar, selain kaedah sedia ada seperti PJRM dalam premis, luar premis, dan secara bergerak.

“Inisiatif PJRM@Pasar bertujuan untuk memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati barangan keperluan dengan harga berpatutan, selain memberi peluang kepada para peniaga di pasar awam terlibat secara langsung.

“Kita akan memantau kawasan yang menunjukkan peningkatan harga barang yang ketara serta menerima aduan dari orang awam sebelum memilih lokasi PJRM@Pasar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, faktor-faktor seperti gangguan bekalan akibat cuaca buruk dan kos pengangkutan yang tinggi turut diambil kira bagi memastikan intervensi itu tidak menjejaskan pasaran atau menyebabkan herotan.

Armizan berkata, sehingga 19 September 2024, sebanyak 7,173 program PJRM telah dijalankan di seluruh negara dengan seramai 6,343,112 pengunjung.

“Bagi negeri Terengganu, sebanyak 616 PJRM telah diadakan melalui kaedah dalam premis, luar premis dan bergerak.

“Penambahan PJRM@Pasar diharapkan dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan program itu dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button