BERITA SEMASADALAM NEGERI

KPDN hanya terima 34 aduan gangguan sistem BUDI95

KUALA LUMPUR – Hanya 34 aduan berkaitan masalah atau gangguan sistem dalam penebusan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) diterima setakat ini, maklum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Timbalan Menterinya, Datuk Fuziah Saleh berkata, tinjauan pihaknya mendapati antara punca gangguan dikenal pasti ialah masalah gangguan sementara dan sistem tergendala.

“Dalam beberapa insiden dilaporkan kepada KPDN, pihak stesen minyak sudah pun buat bayaran balik atas perbezaan (harga pembelian) subsidi berkenaan.

“Sistem itu dibangunkan syarikat minyak. Jadi apabila sistem ‘down’, apa yang pengguna perlu buat ialah pergi kaunter nanti disediakan sistem terminal SARA (Sumbangan Asas Rahmah). Sistem ini boleh digunakan untuk mengenal pasti kelayakan.

“Setakat ini pihak stesen minyak sudah mengambil tindakan dan tanggungjawab besar untuk memastikan penyaluran (RON95) sebaiknya. Aduan sikit sangat, kalau ada pun, ada solusinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan asal Rosol, Fuziah berkata, sehingga 7 Oktober lalu, sebanyak 11,279 syarikat dan 22,918 kenderaan telah didaftarkan di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

“Pendaftaran kepada syarikat bot penumpang, mula dibuka esok. Buat masa ini, penyaluran mekanisme RON95 kepada syarikat bot penumpang adalah melalui pembayaran balik tunai terlebih dulu.

“Kaedah penyaluran subsidi RON95 dan penetapan kuota kepada sektor ini dimuktamad pada hujung bulan ini,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button