BERITA SEMASA

Kos sewaan RM2,000 kali pertama mangsa kebakaran Putra Heights dilunaskan minggu depan – MB

SHAH ALAM – Bantuan kos sewaan kali pertama bagi semua keluarga yang terjejas dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights akan dilunaskan oleh Kerajaan Selangor pada minggu hadapan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata, bermula Isnin, setelah
selesai sumbangan tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 diberikan, pihaknya akan mula menyalurkan bantuan kos sewaan RM2,000 dan menguruskan penempatan sementara kediaman mangsa dibaiki.

“Namun kita selesaikan dulu penyampaian sumbangan awal dan selepas itu kita akan uruskan perumahan,” katanya dalam satu sidang media hari ini, sambil menyatakan bantuan sewa kali pertama itu adalah membabitkan 469 keluarga.

Kebakaran saluran gas Petronas pada Selasa minggu lalu menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, pihaknya telah memberikan taklimat mengenai penempatan sementara terutamanya membabitkan Airbnb.

“Kita sudah dapat senarai mereka yang berminat untuk tinggal di Airbnb dan sebagainya… setakat ini 16 keluarga sudah bersetuju.

“Selebihnya terpulang kepada mereka, dengan tawaran sewa RM2,000 saya rasa mereka pun hendak cari kediaman selesa sebab sama ada Smart Sewa atau Airbnb kedudukannya agak jauh dari lokaliti asal mereka.

“Tetapi jika mereka bekerja di sekitar Cyberjaya atau Putrajaya itu agak sesuai juga tetapi tidak mengapa kita akan bagi mereka pilihan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri Selangor bersetuju menampung kos sewaan kepada pemilik dan penyewa yang terjejas dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM7.356 juta.

Tambah Amirudin, kerajaan negeri akan memberikan sebanyak RM2,000 kepada setiap pemilik dan penyewa rumah yang terjejas selama tempoh enam bulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button