Konflik Kemboja-Thailand: PM hubungi Trump
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagi membincangkan perkembangan terbaharu di sempadan Kemboja–Thailand susulan ketegangan yang berlaku antara kedua-dua negara itu.
Menurut Anwar, Malaysia menyambut baik komitmen Kemboja dan Thailand yang memilih ruang dialog serta pendekatan diplomatik sebagai asas penyelesaian yang berkekalan.
“Saya menzahirkan kesediaan Kemboja dan Thailand untuk terus memilih ruang dialog dan usaha diplomatik sebagai jalan penyelesaian yang ampuh.
“Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara telah mengundurkan ketumbukan tentera dari sempadan, seiring dengan pendekatan yang telah disepakati di bawah Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu Perdana Menteri turut mengalu-alukan peranan aktif Presiden Trump yang telah menghubungi kedua-dua pemimpin Kemboja dan Thailand bagi memastikan segala perbezaan ditangani secara tertib demi menjamin kestabilan dan keharmonian serantau.
Anwar menegaskan bahawa Malaysia kekal komited menyokong usaha diplomatik dan proses rundingan yang membawa kepada keamanan jangka panjang di rantau Asia Tenggara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






