BERITA SEMASA

Kolam tadahan pecah, 35 rumah di Saujana Utama terjejas banjir

KUALA SELANGOR – Sebanyak 35 buah rumah penduduk di Taman Seri Alam, Saujana Utama di sini terjejas selepas kolam tadahan air dilaporkan pecah sehingga menyebabkan banjir pada awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.26 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya tiba di lokasi pada pukul 7.52 pagi.

Komander Operasi, Mohd Amirul Shafiq Mohamad Mahrin berkata, banjir berkedalaman kira-kira satu kaki itu telah menjejaskan 35 buah rumah, namun tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.

“Susulan itu air daripada kolam berkenaan telah melimpah dan menenggelamkan kawasan sekitar sedalam satu kaki dan menjejaskan 35 rumah yang terletak berhampiran.

“Paras air di kawasan berkenaan bagaimanapun telah mula surut dan tiada mangsa dipindahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Amirul Shafiq turut meminta pihak berkuasa menyiasat struktur kolam tadahan tersebut yang sebelum ini pernah dilaporkan bermasalah, agar kejadian serupa tidak berulang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button