
Kolam selam tempur: KKR semak syarat kontraktor terlibat
KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menyemak semula kontrak syarikat yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing sebelum mengambil sebarang tindakan.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian perlu bertindak adil kepada sub-kontraktor yang terlibat dalam pembinaan aset ketenteraan itu.
“Kita tengok, kita semak dulu, apa-apa tindakan semestinya mengikut peraturan, kita tak boleh (ambil tindakan) sebarang.
“Kena denda atau tidak, belum dapat saya pastikan sekarang, kena semak sebaik-baiknya, kena adil kepada semua pihak,” katanya ketika ditemui media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian pada Majlis Interaksi dan Sambutan Aidilfitri Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan anak syarikat bersama industri yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB.
Dalam pada itu, beliau turut dimaklumkan projek itu akan siap pada Jun tahun ini.
Sebelum ini, tular isu kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing yang dikatakan berpunca daripada kegagalan sub kontraktor melaksanakan kerja-kerja mengikut jadual.
Isu projek yang sepatutnya siap pada Disember 2022 tersebut dititahkan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim semalam yang mahu supaya disiapkan segera.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |