BERITA SEMASA

Klinik gigi My Dental Care tandatangani MoU bersama Brainy Bunch

CYBERJAYA – MDC Asia Link Bhd (MDC Asia), penyedia penyelesaian perubatan halal menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama rangkaian taska terbesar di Malaysia, Brainy Bunch.

MoU itu ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia Link Bhd (MDC Asia), Dr Aslan Bacho dan Mohd Fadzil Hashim yang mewakili pihak Brainy Bunch, di Bangunan Brainy Bunch di sini kelmarin.

Turut hadir Eksekutif Lembaga Pengarah Syarikat MALB, Dr Zeefitri Saniah Bidin; Ketua Pegawai Operasi MALB, Noor Rozaimy Abdul Karim dan Ketua Pegawai Kewangan MALB, Asmadey Ibrahim.

Menurut Dr Aslan, kerjasama itu adalah bagi menyediakan perkhidmatan pergigian yang patuh syariah terutamanya kepada kanak-kanak.

“Kami yakin dengan bekerjasama, lebih banyak lagi yang dapat ditawarkan oleh kedua-dua syarikat ini untuk mencapai aspirasi bersama.

“Dengan konsep ‘Beyond Healthcare’, MDC Asia Link Berhad mempunyai visi ke arah menjadi Penyedia Penyelesaian Penjagaan Kesihatan Halal Terkemuka di Asia Tenggara,” katanya yang juga Pengasas MDC Asia.

Sementara itu, Mohd Fadzil berkata, pihaknya kerjasama ini dapat membantu antara usahawan untuk berkembang dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Pada masa ini, kumpulan itu berharap untuk membantu antara satu sama lain di kalangan usahawan sebagai usaha untuk membantu usahawan memberi lebih banyak kepada masyarakat, ibu bapa dan orang ramai,” katanya.

Sehingga kini, MALB melalui My Dental Care memiliki sebanyak 25 klinik gigi di sekitar Lembah Klang termasuk 3 cawangan di luar Selangor.

Antaranya Manjung Perak, Bayan Lepas, Penang dan Senawang, Negeri Sembilan.

Klinik My Dental Care terkenal dengan rawatan pediatrik pergigian, dan mempunyai sebuah klinik gigi khas untuk kanak-kanak di Shah Alam.

Klinik khas untuk kanak-kanak itu dikendalikan oleh Dr Zeefitri yang juga merupakan pakar pergigian pediatrik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button