Berita Semasa

KKM terima sumbangan 210 mesin AED daripada 99 Speedmart, perluas akses rawatan awal SCA

PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sumbangan sebanyak 210 unit mesin Automated External Defibrillator (AED) daripada syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam negara selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani.

Majlis penyerahan simbolik mesin itu telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini.

Dzulkefly berucap pada majlis penyerahan mesin AED tersebut di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut kenyataan rasmi di Facebook KKM hari ini, sebanyak 40 unit mesin AED telah diserahkan kepada 17 kementerian dan agensi kerajaan di sekitar Putrajaya.

“Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada rawatan awal bagi mangsa serangan jantung mengejut (sudden cardiac arrest, SCA) sebelum ketibaan pasukan ambulans, khususnya di kawasan tumpuan tinggi seperti bangunan kerajaan.

“Daripada jumlah keseluruhan yang disumbangkan, sebanyak 170 unit AED akan diagihkan ke hospital dan klinik kesihatan terpilih di seluruh negara.

“Sementara itu, baki unit yang diagihkan kepada kementerian dan agensi pula adalah sebagai permulaan kepada peluasan penggunaan mesin ini di premis kerajaan,” kata kenyataan itu.

Menyedari kepentingan rawatan segera dalam kes serangan jantung, KKM turut menyasarkan untuk memperluaskan pemasangan mesin AED ke kawasan awam lain seperti hentian Rehat & Rawat (R&R), stesen minyak, terminal pengangkutan awam, pusat beli-belah, pasar raya dan rumah ibadat.

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Nor Azimi Yunus; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Nor Fariza Ngah serta Ketua Pegawai Operasi 99 Speedmart Sdn. Bhd., Yong Eng Kwang.
[11:55, 4/9/2025] Khadijah Mohamad Nor: Ok tq abg

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button