Berita Semasa

KKM sambut baik PM teruskan tajaan JPA bidang perubatan, pergigian,

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, selaras dengan itu, KKM akan menjalankan satu kajian baharu pada tahun ini untuk menyemak semula keperluan sebenar negara bagi pelbagai kategori sumber manusia untuk kesihatan.

“Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghentikan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi
merupakan dasar lalu yang telah dibuat berpandukan dapatan kajian Supply and
Needs-Based Requirement Projections of Malaysian Human Resources for Health
Using System Dynamics Approach 2016-2030 yang dijalankan oleh KKM.

“Kajian ini dikatakan menunjukkan unjuran bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.

“Walau bagaimanapun, kajian ini berdasarkan data dari tahun 2008 hingga 2015 dan kurang menggambarkan situasi semasa.

“Unjuran tenaga kerja kesihatan boleh
ditambahbaik dengan mengambil kira perubahan dasar kerajaan yang berlaku
selepas 2015, keperluan kesihatan pasca COVID-19, perubahan beban penyakit,
perkembangan teknologi perubatan dan keperluan perkhidmatan mengikut bidang
kepakaran di sektor awam dan swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kajian itu, katanya, ia akan mengambil kira impak polisi baharu yang diperkenalkan selepas tahun 2016 dan juga keperluan kesihatan rakyat.

“Dengan ini, taburan dan keperluan anggota kesihatan untuk seluruh negara dapat dipetakan dan diunjurkan dengan jelas.

“Kajian ini juga akan menjadi evidence-base ke arah penyediaan pelan implimentasi bagi strategi-strategi di dalam Kertas Putih Kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pelan jangka panjang ini adalah untuk memastikan penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Berikutan itu beliau berkata, KKM akan berbincang dengan JPA, bagi memastikan dasar dan perancangan kesihatan yang dirangka adalah bertepatan dengan keperluan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button