Berita Semasa

KKM rugi RM13.07 juta akibat ventilator baharu dibeli rosak

PUTRAJAYA – Kira-kira 68 peratus alat ventilator yang dibekalkan syarikat kepada fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) antara 2020 hingga April 2022 ketika pengurusan Covid-19, tidak dapat digunakan.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, ia menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah RM13.07 juta.

“93 (daripada 136 unit) yang dibeli tidak memenuhi standard dan tidak dapat diubah suai.

“Pembelian tersebut adalah secara ‘off the shelf’, macam tak ada jaminan lah,” kata Nik Azman lagi.

Beliau berkata, pihak pembekal ada cuba membaiki peralatan tersebut, namun tidak berjaya.

“Itu bergantung kepada pihak kementerian sama ada mahu ambil tindakan atau tidak, kerana tidak ada perjanjian… ia dibeli secara ‘off the shelf’,” kata Nik Azman seterusnya.

Turut didapati dalam audit yang dibuat terhadap aktiviti KKM itu adalah lebihan alat pelindungan peribadi (PPE) yang ketara dengan nisbah penggunaan antara 2.2 peratus dan 3.1 peratus masing-masing membabitkan sarung kasut dan sut PPE.

Katanya, ia berbaki sebanyak 3.08 juta pasang sarung kasut dan 0.84 juta helai sut PPE.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button