KKM lancar Op Selamat PaPa serentak seluruh negara
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan Operasi Selamat PaPa secara serentak di seluruh negara bagi memperkukuh penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, operasi itu disasarkan khusus untuk melindungi kanak-kanak dan golongan Orang Belum Dewasa (OBD) daripada terus menjadi mangsa kepada taktik pemasaran produk merokok dan vape yang semakin agresif.

“Op Selamat PaPa adalah lambang kesungguhan kita melaksanakan Akta 852, bukan sekadar undang-undang di atas kertas. Ia akan dijalankan berterusan di lokasi tumpuan seperti sekolah, institusi pendidikan dan kawasan awam yang menjadi sasaran pengedar vape,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan operasi tersebut di ibu negara, hari ini.
Menurut Dzulkefly, penggunaan pendekatan pendidikan, advokasi dan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara seimbang dalam operasi ini, dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk PDRM, KPDN dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Tambah beliau, sebanyak 6,517 pegawai diberi kuasa telah digerakkan di seluruh negara untuk melaksanakan operasi secara menyeluruh.
“Tujuan kita jelas untuk menyelamatkan generasi muda daripada menjadi ketagih kepada nikotin dan bahan merbahaya lain yang terkandung dalam produk vape dan rokok,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








