
KKM akan bentang isu pendaftaran doktor pada persidangan parlimen akan datang
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan draf Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen yang akan datang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata draf RUU Akta 50 kini sedang melalui proses semakan di Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Saya difahamkan oleh Penasihat Undang-Undang KKM dan juga bahagian perkembangan perubatan bahawa mereka sedang melalui penelitian akhir, saya yakin kita dapat merangkumkan dan merumuskan untuk dibentangkan.
“Saya tidak tahu secara perincian bila saya akan bentangkan kepada Kabinet, tapi kita mahu ia dibentangkan pada minggu pertama dan dibahas dalam minggu ketiga pada sesi Parlimen ke-15 ini,” katanya dalam sidang media.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis pelancaran myBRP@CKAPS di Kompleks E, di sini, hari ini.
Terdahulu, Parallel Pathway hangat diperkatakan apabila Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Universiti Teknologi Mara (UiTM) membenarkan kemasukan doktor perubatan untuk mendapatkan latihan khusus dalam bidang kardiotoraks.
Susulan itu, ia menjadi isu kerana mereka adalah bukan bumiputera ingin menyambung ke intitusi pengajian tinggi di UiTM.
Draf RUU yang bakal dibentang itu diharap dapat menangani isu tersebut bidang perubatan dan membawa perubahan positif kepada sistem kesihatan negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |