
KKDW terus perkasakan PKD Mobile
KOTA SAMARAHAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus memperkasa program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile bagi memastikan capaian perkhidmatan kerajaan lebih menyeluruh kepada komuniti di kawasan yang sukar diakses.
Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, sejak diperkenalkan pada 2023, program itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat.

“(Sejak pelaksanaannya,) PKD Mobile telah dianjurkan di lapan lokasi dan setiap penganjuran mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat.
“Lebih 10,000 pengunjung direkodkan sepanjang pelaksanaannya, dan ini membuktikan keberkesanan pendekatannya dalam membawa perkhidmatan terus kepada rakyat,” katanya.
Rubiah berkata demikian ketika berucap merasmikan Program PKD Mobile di Kota Samarahan, hari ini.
Tujuan utama PKD Mobile adalah untuk memperluas perkhidmatan PKD sedia ada, termasuk perkhidmatan Jabatan dan Agensi Kerajaan serta swasta, terutamanya di lokasi yang tidak mempunyai PKD berbentuk fizikal atau lokasi yang terletak jauh dari bandar utama.
Pendekatan ini membolehkan kerajaan merapatkan jurang perkhidmatan dan memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada menerima manfaat yang sepatutnya.
Bagi tahun ini, sebanyak enam PKD Mobile akan dilaksanakan iaitu masing-masing dua di Sarawak, Sabah dan Semenanjung.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |