BERITA SEMASA

Kilang kapas musnah dalam kebakaran di Rawang

RAWANG – Sebuah kilang kapas musnah dalam kebakaran di Jalan Kundang, Bandar Country Homes, Rawang, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 10.14 pagi.

Menurutnya, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang bersama bantuan dari BBP Bestari Jaya, Sungai Buloh dan Selayang, segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan kilang kapas dan pasukan bomba bertindak memadamkan api menggunakan empat aliran air.

“Kerja pemadaman melibatkan 23 pegawai dan anggota. Api berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh satu jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga memaklumkan kilang tersebut musnah sebanyak 90 peratus dalam kebakaran berkenaan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button