
Khaled sertai lawatan rasmi PM ke Itali
ROM – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di ibu negara Itali semalam bagi menyertai lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2025.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, Mohamed Khaled dijadual menyertai keseluruhan atur cara rasmi Perdana Menteri sepanjang berada di Rom, selain mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawatnya, Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto.
“Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Leonardo da Vinci Fiumicino, Rom disambut oleh Brigedier Jeneral Giuseppe Diotallevi, Pegawai Pemerintah Briged “Granatieri di Sardegna” serta Atase Pertahanan Malaysia di Itali, Kepten Mohd Kindil Md Akim.
Selain itu, beliau turut dijadualkan bertemu beberapa pemain industri pertahanan utama yang berpengkalan di Itali termasuk syarikat aeroangkasa dan pertahanan Leonardo serta pembina kapal ketenteraan Fincantieri.

Turut berada dalam jadual ialah pertemuan dengan syarikat farmaseutikal terkenal, Ricerfarma.
Lawatan kali ini dilihat sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Itali, khususnya dalam bidang pertahanan dan teknologi berkaitan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |