BERITA SEMASADALAM NEGERI

Khaled rasmi stesen minyak BHPetrol milik LTAT

PASIR GUDANG – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini merasmikan pembukaan Stesen Minyak BHPetrol terbaharu yang terletak di Bandar Seri Alam, di sini.

Mohamed Khaled menurunkan tandatangan bagi merasmikan pembukaan stesen minyak tersebut.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan di Facebook, stesen minyak itu merupakan antara pelaburan strategik milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sama ada secara langsung atau melalui pegangan tidak langsung.

“Melalui prestasi perniagaan yang kukuh, BHPetrol dijangka dapat terus menyumbang dividen yang mampan kepada LTAT sekali gus memberi manfaat kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, syarikat seperti BHPetrol memainkan peranan strategik dalam memperkukuh penguasaan industri minyak oleh syarikat tempatan.

“Selain itu, inisiatif mereka dalam program latihan dan pembangunan kemahiran turut membantu memperkasa tenaga kerja tempatan dengan kemahiran relevan yang menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button