
Khaled Nordin terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Sergei Shoigu di Kementerian Pertahanan di sini untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan dan pertahanan.
Mohamed Khaled berkata, dalam pertemuan itu beliau turut membincangkan beberapa perkembangan geopolitik global dan kedinamikan sektor pertahanan.
“Selain memberi ruang dan peluang untuk Malaysia meneroka lebih banyak kerjasama dalam soal keselamatan dan pertahanan, saya telah mengambil peluang ini untuk membincangkan beberapa perkembangan geopolitik global dan kedinamikan sektor pertahanan.
“Sememangnya Malaysia dan Rusia mempunyai hubungan dan kerjasama pertahanan yang baik,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau berkongsikan komitmen Malaysia dalam menjayakan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM)-Plus pada November nanti yang akan turut melibatkan Rusia.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |