BERITA SEMASA

Khaled Nordin akan bertemu Menteri Pertahan Itali esok

ROM – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto esok di Kementerian Pertahanan Itali di sini.

Menurut Mohamed Khaled, pertemuan itu akan dibuat sempena beliau menyertai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali selama tiga hari bermula esok.

“Saya akan turut mengadakan pertemuan dengan pemain industri pertahanan utama yang berpangkalan di Itali termasuklah syarikat Leonardo dan Fincantieri, selain syarikat farmaseutikal terkemuka Ricerfarma,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau dan rombongan tiba di Lapangan Terbang Leonardo da Vinci Fiumicino, di sini.

Commanding Officer of “Granatieri di Sardegna Brigade, Brigadier General Giuseppe Diotallevi menyambut ketibaan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Lapangan Terbang Leonardo da Vinci Fiumicino.

Ketibaan beliau disambut oleh Commanding Officer of “Granatieri di Sardegna Brigade, Brigadier General Giuseppe Diotallevi dan Atase Pertahanan Malaysia di Itali, Kepten Mohd Kindil Md Akim.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button