Khairul Aming sahkan dijangkiti E.coli, kini sudah mula bekerja
KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan E.coli ketika menjalankan misi bantuan banjir minggu lalu.
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia sudah mendapatkan rawatan di sebuah hospital bagi merawat penyakit itu.
“Teruk juga cirit-birit (diarrhea) lima hari tak berhenti sampai lesu badan dehidrasi (dehydrated). Alhamdulillah sekarang dah sembuh dan boleh sambung kerja macam biasa.
“Sekarang baru sempat nak tengok balik kerja dan perniagaan,” katanya dalam hantaran itu dan turut memaklumkan dia sudah keluar wad.
Terdahulu, Khairul Aming mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas pulang daripada memberi bantuan banjir kepada mangsa di Kelantan.
Khairul Aming yang mengetuai pasukan misi bantuan orang baik (BOB) bertungkus lumus lebih kurang seminggu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






